Tips Penjagaan Kamera

TIPS PENJAGAAN KAMERA DSLR


Ramai yang bertanya tentang tips-tips kamera dslr,  Disini aku berikan le sikit tips-tips yang biasa aku guna, aku harap dengan tips simple aku ni dapat le membantu sedikit sebanyak korang nanti.

Bukan le wajib...tapi membantu le sikit, kita pun bukannya beli kamera hari-hari, lima enam tahun sekali pun belum tentu...selagi boleh pakai...(mahal woo..).   Jadi kena le jaga betoi-betoi.

Cara menggunakan tali kamera

1 Lilitan


2 Lilitan

Korang mesti tertanya-tanya, apa kehalnya nak lilit-lilit bagai ni,  ini sebenonya untuk keselamatan semasa pegang kamera tu, sangkut leher pun boleh juge...tapi jadi tak selesa bila masa nak ambik gambo.

Aku guna stail lilitan ni ikut keadaan, Lilitan 1 selalunya aku guna masa keadaan yang tak ramai orang sekeliling atau nak cepat.   Liltan 2 ni selalunya aku guna dalam suasana yang padat dengan orang dan aku dah plan dah bila nak guna...nampak macam payah, tapi kalau selalu guna ok je.

Dalam suasana orang ramai padat macam tin sardin macam-macam boleh berlaku, diorang tak perasan pun kita ni...main langgo je..redah semacam, kalau tertolak tu takde le kamera tu jatuh. Kalau ada pencopet (peragut) pun dia pikir lima enam kali jugak nak buat hal...heh...selisih...

___________________________________________________________________________

DRY BOX-(DIY Aku buat sendiri)

Dry Box ni gunanya untuk simpan kamera dalam keadaan kering (camtu le kiranya). Ia untuk menghalang terjadi pembentukan kulat (fungus) pada lens dan kamera.  Kalau dah kena kulat tu nangis pun tak guna, nak hantar servis mahal..,jadi kena le jaga elok-elok.

Sebelum masuk dalam kotak atau container tu kena le ada Silica Gel (ala yang boleh serap kelembapan tu),beli kat kedai kamera je atau kedai ubat. Yang beso ada kecik pun ada, tapi kalau kotak korang besar kena pakai banyak silica gel yang kecik tu.



Contoh Lens yang kena kulat

Sebelum nak simpan dalam kotak tu kena le bersihkan dulu kamera dengan lens tu dari habuk dan kesan-kesan peluh...bersih-bersih tau. Peluh kita ada garam, jadi paham-paham udah le ye.


Lepaih tu baru le simpan dalam kotak, susun elok-elok takut berlaga satu dgn lain. Aku galakkan korang guna bekas yang lutsinar (tranparent) sebab kulat mudah membiak dalam keadaan gelap. Letak le dua tiga paket silica gel tu (kalau guna silica gel pakaet besar). Lapik(alas) le kotak tu dgn getah lembut macam kat dashboard kereta tu (jangan guna kain untuk lapik, kulat juga mudah membiak kat kain,berdebu).

Tutup rapat-rapat,simpan dekat berhampiran yang ada cahaya. Jangan simpan dalam almari (gelap tu).

Dry Box Aku

Bila dah selesai projek korang ni, kena le rajin-rajin buat pemantauan secara berkala, aku selalu buat sebulan 3 kali...bukak balik kotak tu spot check lens dan kamera, pastikan silica gel tu berfungsi lagi. Jangan le setahun sekali baru nak tengok...ceh! cerita pun tak guna.  Tapi kalau korang jenis kaya raya beli je Dry Box yang real punya...bukan mahal pun dalam harga RM 300 keatas je.


Dry Box