Khamis, 29 Mac 2012

Fotografi

Menawarkan servis, pakej fotografi pelbagai majlis dan upacara pada harga yang berpatutan, tempahan boleh di buat melalui email atau telefon, untuk semua kaum.
Harga boleh dirunding jika budget tidak mencapai harga pakej.
Sila buat pertanyaan bagi maklumat tempahan dan jadual.
Dan Servis
Editing dan Mencetak Custom Album (sila rujuk laman "Harga Pakej")



__________________________________________________________________________

Miniature Photoshoot, saja lepas gian...

_____________________________________________________________________
 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017, balik kampung bawak kamera ambik macam-macam gambo, saje nak isi masa, asyik makan kuih dengan rendang je boring jugak. Ini le hasilnya. Walaupun aku ni bukan photografer bertaraf "DEWA" atau "5 STAR" tapi aku cuba menghasilkan karya sebaik mungkin, buat silap tu biasa la.
 Apapun disini saya mewakili krew2 Fotomirza Studio mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan khidmat kami, terlebih terkurang minta halalkan dan maafkan kami atas segala kekurangan. Kosong-kosong ye.

Model moto ni aku beli kat pekan masa cari daging nak masak rendang.
Ni gambo anak buah aku pada pagi raya,susah nak senyum dia ni.
Petang raya merayau-rayau kejap,ternampak rumah tinggal ni,seram jugak jauh dari kampung, dalam kebun sawit pulak tu.
Gambo-gambo bintang ni aku ambik jam 2 pagi,biras aku temankan, takut jugak sebab tepi sungai pagi-pagi buta ni mana ada orang. Ini gambo betul tau...bukan tampal. Kena pandai setting kamera, bukan main belasah je.
__________________________________________________________________________
MAJLIS PERKAHWINAN ZAIDI DAN FATIN

Majlis akad nikah berlangsung pada 20 April 2017, manakala majlis persandingan telah diadakan pada 23 April 2017. Terima kasih kerana sudi menjemput kami sebagai video dan fotografer rasmi majlis.

Custom Album 10X12, Sticky Album 10X15, Gambar 8R dgn frame dan dua DVD video majlis.
__________________________________________________________________________
MAJLIS PERKAHWINAN SARIP DAN FARAH
Majlis telah berlangsung pada 9 April 2017, majlis yang dihadiri ramai rakan dan kenalan dikalangan ahli Kelab Moto RXZ Unza dan juga sanak saudara. Terima kasih kerana menjemput kami sebagai Official Video dan Fotografer majlis...best! layanan yang baik dan makanan yang sedap. Outdoor Photoshot dijayakan di Stadium Kelana Jaya pada jam 3.30 petang.
__________________________________________________________________________

MAJLIS PERSANDINGAN IZYAN & ADI

Majlis telah berlangsung pada 22 Okt.2016 di Dewan Komuniti Bandar Manjalara. Majlis telah dihadiri ramai rakan,saudara mara dari Serawak,Singapore,Melaka,Kelantan dan Korea. Majlis turut dihadiri oleh ramai jemputan VVIP kenalan kepada bapa pengantin perempuan Guru Besar sekolah.
Terima kasih kerana menjemput kami sebagai Official Photographer untuk mengabadikan kenangan ini.

___________________________________________________________________________
NIGHT PHOTOGRAPHY

Dah lama tak shot night photography,inilah hasilnya. Gambar diambil jam 3 pagi dari banggunan 3 tingkat. Guna 'long exposure setting'.

klik pada gambar untuk besarkan.
___________________________________________________________________________

________________________________________________


Majlis Merisik dan Bertunang Anis & Asrul pada 31 Julai 2016. Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran jiran-jiran dan teman-teman. Sesi outdoor selama 2 jam dari fotomirza studio. Terima kasih kerana menjemput kami sebagai 'Official Photographer' majlis yang bersejarah ini.

__________________________________________________
HDR 
Dah lama tak buat HDR, ni la hasilnya.


__________________________________________________

Fotoshot Model Tudung Muslimah - Model : Norfazilah.

______________________________________________


Majlis Akad Nikah dan Persandingan Fidah dan Mus di Cheras. Majlis Akad Nikah telah berlangsung pada Jumaat 11 Disember 2015 di Masjid Tasik Permaisuri, manakala majlis persandingan diadakan pada hari Sabtu 12 Disember 2015. Majlis telah dimeriahkan lagi dengan Marhaban dan majlis cukur jambul anak saudara pengantin. Sesi outdoor photoshot di Taman Tasik Permaisuri. Terima kasih atas tempahan dan jemputan kami sebagai Fotografer dan Videografer Rasmi majlis Raikan Cinta ini.

2 Custom Album 10X12, 1 Sticky Album 10X15, 2 DVD Video, 1 Foto 8R (with frame),Free 1 CD Foto (Fully edited)
___________________________________________________________________________

Majlis menyambut menantu pada 28 November 2015, kedua pengantin Yusoff dan Noor Adibah. Majlis telah berlangsung di Dewan Serbaguna D'Kelana, Kelana Jaya. Tempahan video dan fotografi bagi merakamkan majlis bersejarah ini untuk kenangan sepanjang hayat. Majlis ringkas tetapi meriah dengan kehadiran tetamu, sanak saudara dan rakan sekerja. Terima kasih kerana menjemput kami sebagai fotografer dan videografer rasmi majlis ini.

__________________________________________________


Majlis Walimatul Urus Rohani dengan pasangannya Nor Muhammad pada 8 November 2015. Majlis sederhana tetapi meriah. Majlis Akad Nikah telah berlangsung pada hari Sabtu 7 November 2015.


 1 Custom Album 10X12 , 1 Sticky Album 10X15, Percuma 1 CD Foto (Fully Edited)
__________________________________________________________________________

Majlis Akad Nikah dan Persandingan Zana dan Faiz, majlis bertempat di Taman Medan,Petaling Jaya, Outdoor di Taman Bukit Jalil. Pakej Tempahan Video dan Fotografi. Faiz seorang Pensyarah di sebuah Kolej Swasta dan Zana seorang Consultant. Majlis meriah dengan tetamu jemputan seramai 2500 orang. Proses kerja mulai hari Sabtu pagi, Akad Nikah pada sebelah malam, hari Persandingan pada hari Ahad dan fotoshot pada petang Ahad selepas sanding. 3 orang fotografer dan merangkap videografer. Kami doakan semoga kedua pengantin kekal aman dan bahagia hingga ke Jannah.



2 Custom Album (8X12 & 10X12), 1 Frame Gambar 8R, 2 DVD Video (With Menus) dan 1 Keping CD Gambar Fully Edited. 2 Hari Majlis (Akad Nikah & Sanding + Free Outdoor Photoshot)...1 Bulan 7 Hari Siap Album.

__________________________________________________________________________
Majlis Pertunangan Ekin.
Majlis berlangsung pada 25 April 2015 di Petaling Jaya Selangor. Majlis ringkas dan sederhana tetapi meriah. Tempahan foto dan video.

_________________________________________________________________________

Gambar Gadis Tepi Sungai, Lokasi di Sungai Pahang.
 Gambar spontan diambil semasa gadis tersebut sedang termenung melihat sungai, seorang pelajar Universiti..tapi nama lupa pulak nak tanya..he...he..
__________________________________________________________________________

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU DI MARAN, PAHANG

Majlis berlangsung pada hari Sabtu 11 April 2015 di Kampung Belimbing,Chini,Pahang.

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
Majlis Persandingan Masliza dan Mohd Nizam

Majlis Akad Nikah telah berlangsung pada hari sabtu 7 Februari 2015 manakala Majlis Persandingan pada hari Ahad 8 Februari 2015. 2 sesi outdoor hari Sabtu selepas akad nikah dan hari Ahad selepas majlis persandingan. Terima kasih kepada kedua mempelai kerana menjemput kami sebagai fotografer dan videografer bagi merakam saat-saat bersejarah sebagai raja sehari, terima kasih juga kepada semua ahli keluarga kedua mempelai yang sempoi dan mesra.

Pakej Budget - 2 Custom Album, 1 Sticky dan 2 DVD Video
__________________________________________________________________________
PRE WEDDING PHOTOSHOOT 28 Dis.2014


____________________________________________________________________________
Majlis Resepsi, tempahan Videografi dan Fotografi

_________________________________
Seharian Di Kalumpang,Tanjung Malim

___________________________________________________
Majlis Perkahwinan Adilla dan Abu Bakar 4 hingga 6 April 2014




Semoga kedua mempelai kekal aman dan bahagia hingga ke akhir hayat.
_____________________________________________________________________

Majlis Perkahwinan Zul dan Ida,kat Tanjung Malim,2 hari berkampung di sana.

_________________________________


__________________________________________________


________________________________________________________


Beberapa Foto Yang Tersiar Di Akhbar Berita Harian


----------------------------------------------------------------------------
Foto-foto yang tersiar telah di minimize kualitinya untuk keselamatan...harap maaf.


Abadikan Kenangan Anda Bersama Kami, Jangan Biarkan Ia Berlalu Pergi.